Khamis, 7 Jun 2012

Kelantan mara ke suku akhir AFC Cup


Hujan lebat di Stadium Sultan Mohd IV tidak menghalang kedua-dua pasukan beraksi menarik dalam aksi peringkat kedua AFC Cup malam tadi. Bermain di atas padang becak Kelantan melancarkan serangan seawal minit pertama dan gol Farhan minit ke 3 membuktikan juara Piala FA itu bersungguh-sungguh untuk ke suku akhir.
Terengganu nyata tergamam dengan gol awal tersebut dan belum pun mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan padang, mereka sekali lagi dihukum oleh ketajaman penyudah Norfarhan minit ke 14. Tandukannya yang ditampan oleh Sharbinee disudahkan dengan gol apabila bola muntah ke kaki beliau.
Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan menarik Rizal Fahmi melalui sepakan percuma deras dari jarak 25 ela yang menuju ke kanan gawang dan gagal dibaca oleh Sharbinee.
Terengganu yang tertekan dengan ketinggalan 3-0 menyusun kembali rentak dan mereka mendapat dua gol melalui sepakan jauh menarik dari Ismail Faruqi dan satu gol lagi disumbangkan oleh penyerang import mereka, Forkey Do yang menyempurnakan penalty setelah Hadi Yahya dijatuhkan oleh Obinna. Iksiden itu menyaksikan Obinna dilayangkan kad merah, sesuatu yang dilihat agak keras oleh penyokong-penyokong kelantan.
Kelantan akan beraksi di suku akhir mengiringi naib juara kumpulan yang sama, Arema yang menewaskas Kitchee FC di Hong Kong, 2-0.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan