Khamis, 7 Jun 2012

Nazmi Faiz tandatangani kontrak dengan Biera-Mar


Bintang muda negara, Nazmi Faiz nampaknya sudah bersedia untuk memulakan kariernya di Eropah apabila Beira-Mar, kelab divisyen 1 Portugal menawarkan kontrak tiga tahun kepada beliau.
Nazmi dilaporkan telah menandatangani perjanjian tiga tahun selepas percubaan yang berjaya di sana.
Bercakap melalui kelab barunya Nazmi berkata: “Ini adalah peluang terbaik saya dan saya bersyukur saya telah berjaya. Saya amat gembira serta teruja dan tidak sabar untuk memulakan pengembaraan baru saya.”
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan adalah dua pemain Harimau Muda yang telah dikenal pasti untuk beraksi diluar selepas kelab dari Jepun FC Ryukyu menyatakan minat.
Nazmi Sementara itu, tidak akan lagi bermain dengan skuad Harimau Muda A di S-League.

Pantai Timur di Peringkat Asia



Kelantan yang mudah layak ke peringkat 16 pasukan dan mendahului carta kumpulan H bakal menerima kunjungan jiran tetangga, Terengganu dalam aksi kalah mati malam ini. Kelantan mendapat kelebihan menjadi tuan rumah setelah menjuarai kumpulan.
Kelantan yang masih asih segar dengan menjuarai Piala FA sabtu lalu bakal menjanjikan aksi menarik apabila kedua-dua pasukan bertemu apatah lagi Terengganu pastinya datang dengan azam untuk membalas kekalahan mereka dalam aksi liga di Kota Bharu.
Dengan kemenangan 1-0 keatas Ayeyawady di Kota Bharu memastikan The Red Warriors menamatkan aksi sebagai juara kumpulan. Terengganu pula terpaksa berpuashati sebagai naib juara setelah seri 2-2 pada aksi terakhir menentang Kitchee FC dari Hong Kong.
Pertemeuan terakhir kedua-dua pasukan di Kota Bharu berkesudahan Kelantan menewaskan Terengganu 2-1. Dalam aksi kali ini tiada timbal balik. Pemenang akan kesuku akhir.
Perlawanan lain:
May 22
Qadsia (Kuwait) vs Kuwait SC (Kuwait)
Al Ettifaq (Saudi Arabia) vs Al Suwaiq (Oman)
Al Shorta (Syria) vs Home United (Singapore)
Chonburi FC (Thailand) vs Al Zawra’a (Iraq)
May 23
Arbil (Iraq) vs Neftchi (Uzbekistan)
Al Wehdat (Jordan) vs Kazma (Kuwait)
Kitchee (Hong Kong) vs Arema Indonesia (Indonesia)
Kelantan (Malaysia) vs Terengganu (Malaysia)

Kelantan mara ke suku akhir AFC Cup


Hujan lebat di Stadium Sultan Mohd IV tidak menghalang kedua-dua pasukan beraksi menarik dalam aksi peringkat kedua AFC Cup malam tadi. Bermain di atas padang becak Kelantan melancarkan serangan seawal minit pertama dan gol Farhan minit ke 3 membuktikan juara Piala FA itu bersungguh-sungguh untuk ke suku akhir.
Terengganu nyata tergamam dengan gol awal tersebut dan belum pun mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan padang, mereka sekali lagi dihukum oleh ketajaman penyudah Norfarhan minit ke 14. Tandukannya yang ditampan oleh Sharbinee disudahkan dengan gol apabila bola muntah ke kaki beliau.
Separuh masa pertama berakhir dengan jaringan menarik Rizal Fahmi melalui sepakan percuma deras dari jarak 25 ela yang menuju ke kanan gawang dan gagal dibaca oleh Sharbinee.
Terengganu yang tertekan dengan ketinggalan 3-0 menyusun kembali rentak dan mereka mendapat dua gol melalui sepakan jauh menarik dari Ismail Faruqi dan satu gol lagi disumbangkan oleh penyerang import mereka, Forkey Do yang menyempurnakan penalty setelah Hadi Yahya dijatuhkan oleh Obinna. Iksiden itu menyaksikan Obinna dilayangkan kad merah, sesuatu yang dilihat agak keras oleh penyokong-penyokong kelantan.
Kelantan akan beraksi di suku akhir mengiringi naib juara kumpulan yang sama, Arema yang menewaskas Kitchee FC di Hong Kong, 2-0.

Copa del ray, Pep tutup musim dengan gemilang



Copa Del Ray Final:
Athletic Bilbao 0 – Barcelona 3
Jaringan: Pedro 3 & 25, Messi 20.
Kejuaraan ke 26 Barcelona dalam kejohanan Copa Del Ray

Pemain-pemain Asia Tenggara yang pernah menyarung Jersi di Eropah!



Sebelum Nazmi Faiz sebenarnya sudah ada pemain dari Asia Tenggara yang menyarung jersi kelab dari Eropah. Malahan Lim Teong Kim yang pernah mewakili Hertha Berlin pada tahun 1987 sehingga kini masih menjadi tunjang kepada pembangunan bolasepak Bayern Munich. Beliau kini menjadi jurulatih remaja kelab tersebut semenjak tahun 2000 lagi.
Antara pemain-pemain yang pernah menyarungi jersi kelab eropah:

WITTHAYA LAOHAKUL | Thailand | Hertha Berlin 1979-82


LIM TEONG KIM | Malaysia | Hertha Berlin 1987


KURNIAWAN DWI YULIANTO | Indonesia | FC Luzern 1994-95


FANDI AHMAD | Singapore | FC Groningen 1983-85


PAULINO ALCANTARA | Philippines | Barcelona 1912-16; 1918-27

5 pemain terbaik!

Liga Super berehat lebih kurang sebulan, kami meninjau dan memilih lima pemain terbaik dari liga super Malaysia.

Khairul Fahmi|Kelantan | Goalkeeper
 
Memiliki sepasang tangan yang cekap menjadi milik benteng terakhir pasukan Kelantan. Walaupun tidak memiliki ketinggian yang mengcukupi sebagai seorang penjaga gol namun Khairul fahmi Che Mat tetap hebat diudara dengan ketangkasan perebutan diudara dan reflek yang pantas.
 Penjaga gol yang sentiasa tenang ini jarang sekali dibolosi dan dijangka akan menjadi lebih hebat pada masa akan datang.

 S.Subramaniam|Kelantan | Defender
 
Walaupun banyak terlepas aksi dengan kelantan musim ini, namun jika diturunkan beliau menjadi tonggak kukuh pada benteng Kelantan.
Subra tidak menyembunyikan kekecewaannya selepas dibawa keluar dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby, membuktikan komitmennya kepada Pahlawan Merah. Beliau cedera disiku Patrick Ronaldinho.

Badri Radhi| Kelantan | Midfielder
 
Kapten ‘Marvelous’ dari kelantan ini sangat kreatif dalam menjana serangan. Menjadi enjin bahagian tengah kepada TRW dan membentuk kombinasi yang hebat bersama Shakir dan Nurul Azwan Roya dalam mencetus serangan dari tengah.
 Seorang pemain bagus, hantaran Badri dari set-pices boleh disamakan dengan Frank Lampard Chelsea, Badri juga merupakan ancaman kepada pertahanan dengan larian ke dalam kotak penalti yang sering menghadiahkan gol untuk Kelantan.

Safiq Rahim|Selangor | Midfielder
 
Mempunyai kempimpinan semulajadi, Safiq menjadi tonggak Selangor. Menjadi nadi tengah untuk Selangor dalam menjana umpanan kepada penyerang dari Crotia, Bosko Balaban. Berbisa dalam sepakan percuma. Menjaringkan empat gol dari 25 ela.

 Shakir Ali | Negeri Sembilan | Striker
 
 Merupakan penyerang yang kian digeruni setakat ini. Bersama pasangannya dalam skuad Negeri Sembilan, Effa Owana mereka menjaringkan 13 gol setakat ini dan beliau menjaringkan enam gol dari jumlah tersebut.
Mempunyai keupayaan menjaringkan gol dengan kedua-dua belah kakinya. Jika berterusan dengan prestasi sebegini, beliau boleh mencabar untuk anugerah kasut emas bersama Forkey Doe dan Shahril Ishak.

5 cara bagi julangkan nama Malaysia kembali!



Malaysia kini berada ditangga ke 153 dunia ranking FIFA. Berikut lima cara menurut pandangan goal.com
  1. Mencari pengganti Safee Sali
Dengan umur mencecah 27, Safee Sali menjadi penyerang utama Malaysia kini dan pengganti setaraf dengannya perlu digilap segera. Gandingan beliau pula, Norshahrul Idlan hanya muda setahun dari beliau. Dengan itu pengganti kepada penyerang Duo itu perlu dicari segera.
  1. Perlu lebih perlawanan antarabangsa yang kompetitif
Ramai peminat tidak nampak apa rasional skuad Harimau Malaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negeri dalam liga Super atau Liga Perdana. Dengan kualiti yang hampir sama dengan skuad Rajagobal, menentang pasukan dari kelab liga Malaysia tidak memberikan banyak kesan ke atas skuad  yang akan bertanding dalam Piala AFF ini. Secara tepatnya MALAYSIA PERLUKAN LEBIH PERLAWANAN KOMPETITIF untuk naikkan ranking.
  1. Line-up yang sering menjadi tanda Tanya
Pemilihan pemain sering menjadi tanda Tanya kepada pemerhati sukan. Pemain yang tidak perform dalam aksi liga turut terpilih. Dari pemerhatian semasa menentang Filiphina ramai pemain yang senang ‘dibuli’ oleh pemain-pemain Filiphina. Jentera tengah yang tidak kreatif dan hilang punca, gagal mengerakkan serangan dan umpanan yang lebih berbahaya. Pemain yang menyerlah dalam aksi Liga gagal digunakan sepenuhnya.
  1. Tidak bernafsu untuk menang
Dengan melihat pada aksi menentang Filiphina, pemain begitu relax dan enjoy the game. Tiada urgency untuk menang biarpun ianya hanya sekadar perlawanan persahabatan. Tiada tekanan berterusan kepada pihak lawan dan seolah-olah seri sudah memadai. Mudah hilang tumpuan dan komunikasi antara pemain seringkali dilihat tiada kesefahaman.
  1. Berhenti, Renung dan betulkan semula bolasepak Malaysia
Kontroversi, skandal dan pertengkaran tidak memberi apa-apa kebaikan untuk mana-mana pasukan.Pemain-pemain akan terganggu dan semangat seluruh pasukan terjejas. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa menjadi pusat tercetusnya pelbagai kontroversi. Baru-baru ini mereka membuat keputusan untuk menggantung Presiden Persatun Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa akibat mengkritik mereka. Kebanyakan pemerhati dan peminat merasakan bahawa kenyataan Tan Sri Anuar Musa agak tidak jauh dari kebenaran dan FAM sebagai badan pentadbir harus terbuka kepada pendapat dan kritikan sebegini bagi memajukan bolasepak tanahair.